Jumat, 09 Mei 2008

Sharing Berserta Security Partition dan Folder

Tutorial hari ini saya ingin mengajak anda untuk sama-sama belajar bagaimana cara untuk sharing partition dah folder disamping buat password untuk akses melalaui network.Kaedah ini amat berguna jika ingin sharing file dengan orang lain dalam network yang sama.Sebagai contoh kalau anda ingin sharing file yang bersaiz besar dengan kawan satu pejabat tanpa menggunakan pendrive , portalbe hardisk dan cd.Kaedah ini juga menjimatkan masa kerana tidak pergi menyerahkan file tersebut secara manual.

Panduan ini saya tulis berpandukan kepada Windows XP.Namun begitu rujukan ini juga boleh digunakan untuk version Windows lain kerana kaedah settingnya lebih kurang sama.
sharing folder

Sharing Partition dan Folder Tanpa Password

  1. Klik kanan mouse pada partition atau folder.
  2. Klik Sharing and Security.
  3. Klik pada “If you understand the risk but still want to share the root of the drive,click here”.
  4. Tip pada Share this folder on the network.
  5. Tip pada “Allow network users to change my file” jika ingin memberi kebenaran untuk user ubah file tersebut.
  6. Klik Apply dan OK.

Sharing Partition dan Folder Ada Password

  1. Klik My Computer.
  2. Klik Tools dan Folder Options.
  3. Klik View dan buang tip pada “Use simple file sharing” yang terdapat dalam “Advanced settings.
  4. Klik Apply dan OK.
  5. Seterusnya klik kanan mouse pada partition atau folder.
  6. Klik Sharing and Security.
  7. Tip pada “Share this folder”.
  8. Tip pada “Maximun allowed” untuk tiada had users.
  9. Jika anda inginkan hanya seorang yang dapat akses folder tersebut dalam satu masa tip pada “Allow this number of users” dan masukkan nilai 1.
  10. Klik Apply dan OK.

NOTA :

  • Pastikan akaun user Guest di “off” jika anda ingin sharing partition dan folder yang mempunyai password.
  • Jika pada partition dan folder keluar gambar tanggan ini bermakna anda telah berjaya membuat setting tersebut.
  • Untuk akses partition dan folder tersebut klik pad Run dan taip \\no ip computer.

0 komentar: